Popular Posts

Monday 18 February 2013

GELOMBANG PRU13

Sekarang gelombang PRU13 sudah mula panas bermain dibibir-bibir setiap orang yang pada 2012 dulu lebih kepada berteka-teki tentang PRU13 dengan berbagai andaian dibuat tanpa putus-putus dan terbukti semua tidak ada satu pun yang menepati andaian dan ramalan yang dibuat.. Apapun menunggu dan membuat persediaan yang rapi, kemas dan tersusun ada sebenarnya sesuatu yang lebih baik dan  perlu dibuat didalam arena politik adalah hakikat yang patut dibuat.

Tahun ini soal berteka-teki sudah tidak lagi menjadi mainan kerana semua memang sudah maklum mahu tidak mahu PRU13 akan berlaku pada tahu ini. Soal bila, bulan dan tarikh akan terjadi sudah tidak banyak dipersoalkan lagi.. Semua persoalan itu sudah basi dan sebenarnya juga bukanlah sesuatu yang perlu dijadikan isu yang perlu difikirkan pada hakikatnya.

Sekiranya ada keikhlasan dengan perjuangan yang berterusan, ikhlas dan telus dan ianya akan menjadi satu kekuatan sebagai persediaan yang didalam mengharungi PRU tanpa perlu dihitung hari dan masa bila akan diadakan. Perjuangan biarlah ada keikhlasan... Perjuangan yang ditunjukan janganlah mengikut musim.... Kenang dan jangan lupa asal usul... Bila diatas ingat orang yang dibawah.. Orang-orang yang berada ramai dibawahlah yang sebenarnya berkerja keras untuk menjulang kita keatas..

Bertahun-tahun kita berkuasa hasil kerja kuat orang ramai yang dibawah.. cerok-cerok kampung, hulu-hulu kampung dan kawasan-kawasan pendalaman untuk menjulang kita naik keatas. Bila kita dah naik diatas, kita terus lupa jasa mereka. Ada yang jadi sombang dan bongkak.. Dulu tinggal di hulu kampung dan sekilip mata bertukar jadi orang bandar.. Bukan salah berhijrah, tetapi biarlah penghijrahan itu adalah satu penhijrahan yang berkaitan dengan hijrah yang sebenar.

Pejuang dan pembela yang yang diharapkan bukanlah dari kalangan yang hanya balik kekampung 4 atau 5 tahun sekali.. bukan dari kalangan orang yang sombong.. bukan dari kalangan yang samseng.. bukan dari kalangan yang cepat lupa diri.. bukan dari kalangan alpha bila berada diatas.. bukan dari kalangan yang celupar dan tidak tahu menjaga tutur-kata.. KAMI DARI KAWASAN SIK..,dulunya amat rasa megah dan berbangga kerana ramai anak watan disini menjadi orang-orang penting di kedah. Semuanya hanya bersifat sementara, sekarang kami anak-anak sik jadi muak dan benci dengan sikap segelintir mereka yang sekelip mata menjadi angkuh, bongkak dan sombong.

Kami anak-anak Sik jangan digunakan sebagai alat yang boleh dibuat percaturan dan diperbodohkan.. Pada yang berkenaan, setelah sekian lama tenggelam jangan tiba-tiba muncul bila kami diperlukan.. Letak sedikit rasa malu pada diri pada yang berkenaan.. Tidak perlu lagi berlakon baik kalau sudah menonjolkan diri tidak dari golongan orang yang baik. HANYA PELAKON YANG BOLEH BERTUKAR-TUKAR KAREKTOR. Jangan kerana bencinya orang kepada kita orang lain juga menjadi mangsa.. PADA YANG RASA BERKENAAN TOLONG JANGAN BUAT  BODOH DAN TUNJUK BAIK PADA SAAT MACAM INI, DEKAT DENGAN PRU13.... TOLONG.. TOLONG.. TOLONG.. JANGAN BUAT KAMI MACAM ORANG BODOH DAN JANGAN PERBODOHKAN KAMI.. MINTA TOLONG...

KAMI DOKONG PERJUANG PAS... KAMI SOKONG PERJUANG ORANG YANG IKHLAS.. TETAPI KAMI TIDAK MAHU LAGI DIPERBODOHKAN, DITIPU OLEH ANAK WATAN YANG MUDAH LUPA DIRI.. SATU YANG KAMI MINTA, LETAKAN SEDIKIT RASA MALU DALAM DIRI WALAUPUN KAMI TAHU PADA HAKIKAT TIDAK ADA RASA MALU DIDALAM DIRI ORANG YANG BERKENAAN..

 JANGAN BALIK KAMPUNG CAKAP BUANG YANG KERUH DAN AMBIL YANG JERNIH.. HAKIKAT MEMANG KERUH.. KAMI SEMAK.. CERITA YANG ADA SEKARANG SEMUA SEMAK DAN MENYAMPAH..